Skip to main content

PENILAIAN


Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Di akhir kursus ini, hasil daripada pendekatan integrasi kaedah kumpulan kecil dan pembentangan pelajar dapat meneroka jenis rekabentuk, penggunaan dan kebaikan rangkaina neural dan akhirnya pelajar boleh menghasilkan satu kertas jurnal/ persidangan. Selain itu, kursus ini berjaya menyediakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (majoring AI) dengan pengetahuan jenis-jenis & senibina, penggunaan dan kebaikan rangkaian neural buatan.

Penilaian kesan daripada pendekatan pengajaran yang digunakan pada sesi A172, A181 & A 182, ialah analisa dokumen skor peperiksaan dan refleksi pelajar.

  •       Analisa dokumen skor peperiksaan A172, A181 dan A182

Keputusan peperiksaan juga merupakan antara bukti dokumen hasil kejayaan pendekatan kaedah ini. Rajah 1 perbandingan keputusan skor peperiksaan sesi A172, A181 dan A182. Didapati pada sesi A181 dan A182, dua orang pelajar memperolehi skor A dibandingkan sesi A172. Seramai 6 orang pelajar memperolehi skor A- bagi sesi A181, 2 orang pelajar memperolehi A- bagi sesi A182. Terdapat 2 orang pelajar (A181) telah memperolehi skor B+, 6 orang (A182). Tiada pelajar memperolehi skor gred C ke bawah. Ini menunjukkan peningkatan skor peperiksaan yang baik pada sesi A181 dan A182 dibandingkan sesi A172 hasil pendekatan integrasi kaedah kumpulan kecil dan pembentangan bagi subjek STIN 2054.

Rajah 1 Skor peperiksaan sesi A172 , A 181 dan A182 bagi subjek STIN 2054

  •      Analisa refleksi pelajar

Refleksi pelajar juga menjadi dokumen ataupun bukti pendekatan pengajaran yang dicadangkan.


Refleksi pelajar sesi A172 bagi subjek STIN 2054 Introduction to Artificial Neural Network


Refleksi pelajar sesi A182 bagi subjek STIN 2054 Neural Network

Refleksi pelajar juga menjadi dokumen ataupun bukti pendekatan pengajaran yang dicadangkan menunjukkan pelajar sesi A152 menunjukkan minat dan faham dengan subjek yang diajar berdasarkan himpunan refleksi daripada 10 pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

STID3113 RESEARCH METHODOLOGY IN IT

  STID 3113 -A 202 (padlet.com)

AKTIVITI PENGAJARAN

Pendekatan Kaedah  Integrasi Kumpulan Kecil dan Pembentangan Menyampaikan subjek STIN2054 Neural Network memerlukan kreativiti  untuk tujuan meningkatkan minat dan kefahaman. Cabarannya ialah subjek berorientasikan teori dan praktikal, memerlukan kreativiti untuk memastikan apa yang dipelajari dalam teori boleh dipraktikkan. Oleh itu, integrasi kumpulan kecil dan pembentangan akan menjadi pendekatan pembelajaran untuk tujuan meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Saya menggunakan sesi A181 untuk tujuan pemerhatian dan temubual untuk perancangan perlaksanaan aktivititi. Hasil pemerhatian yang dijalankan secara kualitatif mendapati kaedah ini dapat meningkatkan minat dan pemahaman pelajar melalui sesi – sesi aktiviti yang dijalankan dalam kelas dan keputusan statistik peperiksaan akhir sesi A 182 menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding statistik peperiksaan akhir sesi A 181. Mata pelajaran STIN2054 Neural Network adalah kursus wajib yang perlu diikuti oleh para ...